Friday 20 November 2009

Seni Visual dan Dunia Melayu

Pengenalan dan Latar belakang.

Seni adalah satu hasil ciptaan objek seni yang dicipta secara sedar oleh manusia untuk tujuan komunikasi serta melahirkan pernyataan kendiri seniman melalui bentuk realism dan mujarad.

Seni menurut plato adalah peniruan dari imej”Divine” yang terdapat didalam minda seseorang seniman atau juga memesis. Aristotle pula mengatakan sesabuah karya seni mesti berupaya menghasilkan manusia yang beriltizam.

Objek seni yang tercipta itu adalah juga pengalaman, pemikiran serta menifestasi diwujudkan dalam bentuk yang berupaya menyampaikan mesej serta berfungsi membantu dalam kelangsungan hidup mereka.

Seni visual mempunyai berbagai disiplin seperti catan, arca, lukisan, ukiran serta dalam konteks perbincangan ini kraftangan Seni melayu menurut Taib Osman ada kaitannya dengan adat resam atau nilai sosial.Oleh itu seni dicipta apabila ritual masyarakat berfungsi pada masa masa tertentu.
Asal Melayu.

Menurut sejarah pada dasarnya manusia melayu yang bergerak dalam jangkaan ribuan tahun sejak mereka bermula dari tempat asalnyaAnnam di selatan china adalah dijangkan bergerak dalam peringkat 2 atau ombak migrasi menuju ke selata Khatulistewa.

Tammadun yang berbentuk evolusi. Bermula dari peringkat primitif , menjalankan aktiviti mengumpul dan memburu, mengamalkan kehidupamn nomad, bertani dan membentuk peralatan kegunaan sendiri seterusnya menetap berbudaya bertammadun dan beragama.

Dalam peringkat berubaah rubah itu manusia melayu yang diketahui masih tetap memerlukan keperluan asas untuk menyambung hidup .Sama halnya dengan perkembangan tammadun didunia keperluan hidup memburu, mencari makan, berlindung and beritual adalah pekara asas dan tabii.

Maka seperti ungkapan yang mengatakan bahawa keperluan adalah punca kepada penciptaan,maka terhasilah bahan2 produk yang pada peringkat mulanya terlalu proto tetapi akhirnya dengan pengaruh pengaruh luaran , pengalaman ,idiom serta wawasan ,seseorang pencipta itu maka terbentuklah produk yang dipanggil kraftangan yang ditakrifkan oleh (Collingwood)sebagai sesuatu ciptaan yang sudah mempunyai rupa bentuknya sebelum dimulakan prosesnya.

Melayu atau Malayo adalah kumpulan manusia yang menurut sejarahnya berpunca dari dua tempat. Pertama dari kepulauan Taiwan menyusuri Phillipina ,Boreno Indonesia ,Semenanjunf Malaysia serta Thailand hingga ka Burma. Kedua bermula dari selatan China ,Annam kempucha, laos, Thailand BanChang, Semenanjung Malaysia Indonesia . Borneo . Papua, Timor dan Australia.
Pembentukan Seni Dunia Melayu.

Manakala ruang atau kawasan pula adalah dimana terdapat dengan banyaknya kewujudan sesuatu kelompok manusia yang berkongsi pizikal, bahasa, kepercayaan, kesenian dan ekonomi , social dan worldview(Weltashuung)maka bolehlah kita takrifkan sebagai alam, dunia serta negeri. . Oleh itu demografi dunia melayu atau dunia jawi boleh juga diambilkira juga keturunan polynesia - ocenia ,. menurut pendapat beberapa pakar anthopologi kelompok manusia yang tinggal dikawasan gugusan kepuluan melayu boleh dijelaskan lagi kepulauan Phillipina, Borneo(Kalimantan, Brunei,Sabah dan Sarawak, Semenanjung Malaysia, Selatan Thai dan Indonesia dan Timor. Madagaskar dan Timor.

Menurut sejarah kelompok melayu berhijrah dari selatan China menuju khatulistewa melalui Indochina meniti semenANJUNG Malaysia menyeberang ke Indonesia dan kepulauan Borne dan akhirnya singgah di kepulauan Phillipina. ( Ismail Hussin, Wagner, Hene Gleden)
. Oleh itu dunia melayu adalah kawasan yang didiami oleh bangsa melayu yang telah berkerajaan sejak 2,500 tahun yang lalu.

Dunia melayu secara Feudalnya (Kerajaan SRivijaya,Kerajaan Majaapahit,kerajaan Mattaram, Kesultanan Melaka, kesultanan Brunei, Kerajaan melayu Patani dan kerajaan melayu Acheh).

Dari segi politiknya pula telah dikenali sebagai Melayu Raya-MALAYSIA(Wenceslao Q Vizons , Ibrahim Yaacob).Mengimbau pada zama Srivijaya Majapahit)), MAPILINDO, MELAYU RAYA atau Indonesia Raya (Muhammad Yamin,Sumpah Pemuda Indonesia), Persekutuan Malaya.(Apolinario Mabini) 1898 di Manila.

Aspek ekonomi ia juga disebut sebagai ASEAN, APEC ,SEGI TIGA dan sebagainya. Pendek kata pendefinisian serta memperbataskan orang melayu dan dunianya bukanlah perkara baru bahkan telah bermula sejak melayu mempunyai raja serta tammadun yang begitu mantap tersohor ribuan tahun yang lalu.

Dengan kehebatan kerajaan melayu yang tegak begitu lama telah memanggil peminat2, pedagan2 wira2, pahlawan2 serta peminat2 yang datang berduyun2 untuk menikmati keeksotikan dunia melayu yang terkenal dengan kekayan buminya, keindahan alamnya serta kehebatan warganya. Namun kemasyohran dunia melayu yang disebut oleh pendita di China, India dan barat itu juga memanggil bermacam bala dan penderitaan kepada keunggulan pemerintahaan Melayu dirantau ini.

Begitu juga apa sahaja pertemuan, pertembungan serta konflik sudah tentu mencetuskan perkongsian ilmu,pertindihan budaya serta kesenian. Jesteru itu seni kraftangn tradisi melayu yang terbentuk hasil dari akibat seperti yang telah dibicarakan diatas telah menjelmakan kepelbagaian bentuk,gaya dan rupa.

Menurut “Menurut woodward, (1979:15)seorang sejarawan yang setuju dengan teori yang dibawa oleh Heine- Geldern yang mengatakan bahawa “ the past can be partly reconstructed from the present, for art proceeds from other art, contemporary form can be traced back genetically to ancient forms”

Berdasarkan kepada ungkapan diatas maka maka jelas kepada kita bukti yang menunjjukan seni melayu kini adalh pancaran dari seni seni yang terdahulu. Oleh itu amat susah bagi sejarawan seni untuk membeza2kn seni melayu mengikut negeri politi tetapi ia menjadi selesa jika seni melayu dilihat dalam ruang lingkup yang luas.

Seni dialam melayu produk kegunaan harian utk masyarakat gelandangan ,marhaen,agama ,ulama,pendeta,padri bangsawan,ningrat,kraton,raja atau pemerintah.

Tujuan pertama kraftangan untuk kegunaan rakyat marhaen yang mudah , senang dan cepat dan kurang indah. kedua ciptaan kraf diciptakan bagi menegakkan kekuasaan raja dan agama.

Disamping itu bahan yang diperbuat untuk golongan atasan dan elitis ini juga mengambilkira bahantaranya serta ragamhis yang terlalu kemas dibantu pula dengan ritual bagi menanamkan roh magis didalam produk tersebut. Oleh itu seni kraft pada dasarnya amat biasa namun disatu peringkat ia mengukuhkan kuasa serta status quo golongan tertentu.

Peranan keluarga yang mempunyai kemahiran dan ketrampilan yang baik didalam sesuatu bidang kraftang tidak dapat dinafikan menjadi titik tolak utama mengwujudkan ciptaan barangan dan produk.

Produk yang dihasilkan kemudian diguna sendiri serta ditukar dengan barangan keperluan keluarga melalui system bater trade. Aktiviti ini berkembang dengan system apprentis dengan kaum keluarga terdekat dan seterusnya menjadi kelumpok yang lebih besar sahinga keperingakat kampong, negeri dan wilayah. Oleh itu terdapat produk seni melayu yang terkenal disabuah wilayah sahingga mempengaruhi diwilayah yang di lalui, takluki dan di migrasikan seperti yang berlaku dinegeri yang berjiran.

Dalam konteks ini Seni melayu kebanyakannya adalah dalam bentuk yang stereotaip hanya yang membezakan produk produk tersebut adalah tersuntiknya idiom, symbolism, pemikiran serta kerohaniannya.

Tanah yang subur telah menyediakan bahan yang sesuai untuk mencipta pakaian. Bahan dari tumbuhan seperti kulit kayu, nenas, kapas telah digunakan bagi mencipta pakaian yang digunakan membalut tubuh badan warga melayu. Jesteru itu batik tercipta dengan indahnya dan tersebar keseluruh nusantara. Bermula dari ciptaan desa kemudian diangkat keistana dan hasilnya berbagai jenis variasi batik tercipta sebagai contohBatik jawa yang terkenal dengan kehalusan nya , batik Malaysia retak seribu (Syed Shahrudi Al Bakri). Ciptaan kain termasuk juga dalam dibawah kraf kain gerus, kain limar, kain pilih dan kain pua. Kain ciptaan melayu juga terdapat ragai hias yang mempunyai ornament serta ragam hias yang terbentuk melalui pengalaman, pemikiran serta kepercayaan yang berbagai pengaruh. Pengaruh keagamaan seperti Hindu Buddha, Animis., Islam dan tidak ketinggalan juga pengaruh China Dinasti Lao.( Wagner)

Motif kekunci, putung wajik, arakaramba, pucuk rebung, air muleh, bunga kekwa,bunga teratai, motif dong song, geometri,flora, fauna dan figura.kemahiran dalam bidang seni dan juga kraf adalah faktor yang penting ( Langer, Munro,(1969:62),Morris (Nylor 1971:104) dan sebagainya.

Malahan kemahiran yang tinggi dalam menghasilkan seni tekstil ini menjadi persoalan yang penting dalam masyarakat melayu. (Siti Zainon, dan Gittinger ) seni tekstil bukan sahaja dianggap sebagai pakaian yang membalut tubuh malah ia merupakan dokuman yang perlu dibaca sebagi teks. Menurut Najib Dawa. Setiap bentuk kain batik yang diciptakan adalah mempunyai adap serta tatasusila pemaikaiannya jadi ia bukan sebagai bahan produk utility semata mata. memerlukan kepakaran serta

Menurut Anne D Alleva if u want to know the culture truth then look at the art.

Tammadun Melayu ini telah mendapat suntikan serta pengaruh budaya dan kesenian dari wilayah yang dilalui oleh mereka yang kebanyakannya lebih maju dan terdahuliu dari mereka. Oleh itu melalui tinjauan dari senikraf yang telah tercipta kini seni tradisi itu boleh dirujuk berdasarkan pandangan ahli antropologi terkenal dan juga pengaruh yang telah diasimilasikan oleh mereka sejak berhijrah dari selatan China hingga ke gugusan kepulauan melayu telah menerima budaya oriental seperti Dong song, Hindu Buddha, Islam dan Indigenous telah membentuk satu budaya dan kesenian yang kukuh serta mapan berjaya menujudkan satu identity serta gaya yang boleh dikatan unik jika dibandingkan dengan budaya seni visual didunia yang lain. Oleh itu dalam perbincangkan ini saya mebqahagikan kepada tiga bahagian pertama pengenalan kepada seni dan dunia melayu bahagian kedua membincangkan akan seni dialam melayu secara sepintas lalu dan akhir sekali sifat serta kertas kerja ini menyelami secara mendalam akan seni melayu di Negara brunei serta bagaiman ianya dihasilakn oleh pendokong seni tradisi kini .Kaajian dilakukan bagi menyelidik bagaimana kraf melayu dihasikkan di Brunei sebagai dari sebahagian dunia melayu.

Oleh itu tammadun melayu yang dibina ribuan tahun mesti disokong oleh seninya atau bahan budayanya. Madagaskar dan Timor menurut sesetengah pendapat. Kelompok melayu menghasikan karya yang bukan berbentuk seni untuk tatapan rohani seperti yang ditakrifkan oleh barat ,Shopenhauer berpendapat seni adalah kaedah manusia untuk memahami dunia dan bahagian peranan manusia dengan nya hanya menekankan maksud seni yang perlu dihayati apabila di pamerkan untuk tujuan berdakwah, kepada nilai hidup agama serta kehidupan yang transendan.

Seni dunia melayu lebih kepada pembuatan kraf yang diusahakan oleh kelumpuk yang kecil, bahannya mudah didapati serta banyak terdapat di pesekitaran sipembuat. Kraf berbeza dari seni murni atau fine art barat yang menjurus kepada seni yang perlu dihayati bagi mendapat menafaatnya. Menurut Collingwood sifat senikraf adalah seperti berikut.

seni kraft dicipta kerana keperluan kehidupan harian yang perlu diciptan untuk menyelesaikan masaalah domestic, ekonomi serta keagamaan.

Oleh kerana hasil seni kelumpok manusia itu dapat di selidiki melalui seni yang dilakukan oleh datuk nenek mereka menurut pendapat Heinea Geldern’ the past can be partly reconstructed from the present,for art proceeds from other art,contemporary form can be traced from back genetic to ancient forms.Oleh dengan kaedah itu maka kita boleh membuat andaian bahawa seni melayu itu boleh di selami akan permulaannya.

Seni melayu boleh dibahagikan kepada dua kategori.
Yang dipengaruhi oleh budaya budaya yang dong song dan yang sangat kuat di gugusan kepulauan melayu serta pengaruh kerajaan dinasti Laou yang kuat kesannya di Borneo menghasilkan bahan budaya dengan ragam hias yang penuh dengaan makna serta simbol2 alam nusantara. Ragam hias yang berbentuk geometrik d an organik telah meningkatkan daya kretiviti pandai tukang melayu dengan ciptan seni visual mereka. Seni melayu adalah menekankan kepada seni gunaan atau seni fungsional .Bahan budaya yang berbentuk sama ciptaannya terdapat dari Filipina hingga kePatani. Produk seni . Melayu amat prihatin terhadap kehidupan bermasyarakat oleh itu segala keperlu baginya difikirkan dan diciptakan adalah untuk kepenting bersama ,oleh itu sesuatu ciptaan tidak diketahui penciptanya, . Jenis Seni melayu yang boleh senaraikan kepada anyaman, menenun,menekap ,ukiran,tempaan,yang tersebar luas dinusantara. Kain tenun ,kain batik, kain limar .kain pua ,kain ikat dan banyak lagi adalah ciptaan yang bertujuan membalut tubuh melayu dengan teknik tenunan yang tinggi bermula dari Palembang pada zaman Srivajaya didagangkan ke Tanah Melayu menyeberang Laut China Selatan sahingga ke Brunei Darussalam. Teknik tenunan sama, bahan taranya sama denga benang emas dan kain sutera yang sama yang lainnya adalah coraknya. Ini adalah sama yang terjadi dengan seni kraf lain di nusantara.

Seni kraf diBrunei Darussalam.
Bantong Antaran 2002.

Pada zaman Dinasti Sung (967-1279)melaporkan penduduk Brunei memakai pakaian yang dianyam dan ditenun.Sultan mempunyai 200 buah perahu.

Tom Pires penulis portugis 1514 melqporkan bahawa terdapat pedagang dari Brunei membawa emas utk berdagan di Melaka.

Negara Brunei sebagai sabuah Negara yang berkerajaan lebih sepuluh dekat mempunyai budaya yang begitu mantap dengan kepelbagaian produk .Ini dapat dibuktikan melalui pemerhatian Pigaffeta sebagai penulisan yang terawal tentang bumi Brunei.pada tahun 1521 melaporkan terdapat 56 pucuk .Sultan juga menghantar tiga buah perahu sambil memukul gendang atau gongtembaga.Dirumah temenggong terdapat 2 batang tiang lilin dari perak.
Kraftangan dibuat di Kg Ayer Brunei setiap kampong mempunyai nama berdasarkan kepada ketrampilan penduduknya .ie. Kampung tukang Emas. Kg Tukang Perak.

Pada tahun 1975 Almarhum SOAS menubuhkan PLKDK bertujuan untuk mendidik pandai tukang menghasilkan produk seni tradisional brunei tulin.

Produk krafttangan yang dihasilkan adalah pertukangan perak, pertukangan tembaga, keris. kain tenun,ukiran kayu, songkok. Walaubagaimanapun terdapat juga pembuatan kecil kecilan kraftangan berbentuk anyaman rotan, anyaman pandan dan pembuatan .batik.
Kraftangan yang terkenal: Kain Tenun Brunei. Pertukangan Perak. Pembuatan Keris.
Yang tidak ada seramik, bertukang emas.

Berdasarkan kepada penyelidikan yang dijalankan terdapat 5 bahagian kraftangan yang dibuat oleh pandai tukang Brunei.

Menurut Arnheim setiap tukang mesti menguasi ketrampilan mereka yang memakan masa yang begitu lama berdasarkan latihan dan pengalaman.
Faktor-faktor yang membantu Mempengaruhi Peningkatan Kemahiran Krafttangan:

Dalam kajian ini, didapati bahawa pengalaman-pengalaman dan komitmen pakar-pakar krafttangan ini dipengaruhi oleh beberapa faktor-faktor seperti yang dinyatakan di bawah:-
a. Pengetahuan dari Institusi Kemahiran Krafttangan
b. Kreativiti atau Kegigihan Individu
c. Tempuh Masa Proses Penghasilan
d. Corak-Corak Pilihan
e. Hubungan Kemahiran Krafttangan dengan Ragam Hias
a.Pengetahuan dari Institusi Kemahiran Krafttangan:

Majoriti dari pakar-pakar krafttangan yang terlibat dalam kajian ini mempunyai pendidikan formal dari Institusi (47.1%); contohnya: United Kingdom, UITM, UM, Indonesia dan Australia. Ada segelintiran daripada mereka yang mengikuti kursus-kursus pendek, yang juga tidak kurangnya membantu menambah pengetahuan dan meningkatkan tahap kepakaran mereka, terutama dibidang2 yang mereka minati (29.4%). Ini adalah seperti kursus-kursus pendek dan yang dikendalikan oleh penganjur2 luar dan dalam negeri, seperti Indonesia dan UITM (Malaysia). Ada juga kumpulan ini jelas menunjukkan komitmen, minat dan tanggungjawab yang tinggi berbanding dengan faktor-faktor yang lain.

Enam jenis kepakaran yang terdapat di Pusat Krafttangan adalah terdiri dari :
i. Kain tenun iii. Perak v. Keris
ii. Songkok iv. Ukiran Kayu

Di antara TIGA tertinggi bilangan pakar kemahiran krafttangan adalah:-
a. Penenun Kain (35.3%) c. Pembuat Barang-Barang Perak (23.5%)
b. Penjahit Songkok (17.6%)

Ini diikuti oleh kepakaran2 yang terdiri dari :
a. Kombinasi lebih dari dua kombinasi (11.8%)
b. b. Pembuat Keris dan Pengukir Kayu (5.9%)
FAKTOR-FAKTOR YANG MUNGKIN MEMPENGARUHI:

A. PENGALAMAN: Golongan dewasa yang teramai sekali menceburi bidang krafttangan yang berada dalam lingkungan pengalaman 20 tahun ke atas (64.7%) dan diikuti oleh mereka yang mempunyai 10-15 tahun (23.5%) adalah pakar2 krafttangan yang melibatkan diri dalam proses peningkatan kepakaran lebih dari satu pendedahan, contoh: memperolehi peluang belajar formal dan kursus2 pendek yang dari institusi2 (17.6%)

B. KEGIGIHAN INDIVIDU: Faktor-faktor ini adalah di antara komponen penting yang membezakan tahap pencapaian mutu kerja dan kepuasan diri dalam kerjaya di krafttangan ini. Faktor konsistensi dan kegigihan sesaorang itu juga menunjukkan tahap pencapaian sesaorang itu berbanding dengan yang lain. Faktor kegigihan sesaorang itu, dengan ada sasaran nilai mutu kerja, kepuasan pencapaian dan mungkin pengiktirafan boleh membezakan di antara sesaorang itu (35%) dari segi mutu dan daya saing. Rakan seperjuangan atau rakan2 yang lain adalah juga memainkan pengaruh pada mutu peningkatan kerja sesaorang itu (23.5%). Tidak menafikan ini memerlukan faktor2 sosial seperti sifat2 faham memahami, bantu membantui, berkongsi pengetahuan dan pengalaman.Daya usaha gigih sesaorang itu bergantung pada usaha peribadi dirinya sendiri. Jika ada kemahuan, peningkatan pengetahuan turut meningkat. Menambah ilmu didada, tidak merugikan diri malahan memperkayakan pengalaman dan pengetahuan menceburi pendedahan dari Institusi2 dalam jangka panjang atau pendek dan diikuti denganbantuan rakan2 seperjuangan, yang tentunya akan meningkatkan lagi nilai mutu kerja dan kadar pengalaman sesaorang itu.


Walau bagaimanapun, terdapat juga segelintiran dikalangan kepakaran ini yang memperolehi dari lebih dua faktor, contoh:mendapatkan dari jurnal, majalah2 keluaran Krafttangan, sumbangsaran dan media

C. TEMPOH MASA :Pakar2 krafttangan ini mengambil masa yang berlainan diantara mereka. Ini adalah berdasarkan jenis kepakaran mereka itu.Kadar kerumitan kemahiran yang diperlukan, akan ditentukan oleh masa. Kepakaran tenunan, songkok, perak, tembaga, ukiran kayu dan keris adalah berbeza dari segi prosesnya, tambahan lagi ditentukan oleh jenis bahan2 yang berlainan.
Tempuh Masa untuk mendapat konsep Rekabentuk:

Memandangkan kepada kepelbagaian bahan2 yang diperlukan oleh berlainan kepakaran2 kraftanggan ini, sudah tentunya mempengaruhi tempuh masa proses yang berlainan. Ini juga dipengaruhi oleh faktor2 spt. Jenis bahan2 yang diperlukan.

Proses2 diperingkat awalan, adalah terdiri dari:
a. Proses mendapat konsep reka bentuk
b. Proses membentuk karya krafttangan
c. Proses melengkapkan hasil karya, dengan ‘detail’
Prose konsepsi atau pencarian idea (a) terdiri dari pengumpulan idea2 yang hendak dijadikan hasil krafttangan. Ini adalah masa pengalaman,pendidikan serta interaksi antara pakar2 kraf sendiri,termasuk pengetahuan sedia ada mereka.

Masa untuk mendapatkan idea ini adalah paling penting sekali, kerana ianya akan menentukan kehendak(Demand Market Value) dan nilai aestatik dan kelainan. Proses ini sangat penting sebab proses ini yang akan menentukan nilai hasil produk itu nanti. Elemen2 pendedahan pakar2 krafttangan ini dengan perkembangan masa adalah penting agar dapat memperimbangkan nilai produk dengan kehendak masyarakat (temasuk nilai budaya) dan juga kehendak pemasaran antarabangsa.

Didapati dalam kajian ini bahawa tempuh masa yang cepat ialah dalam tempuh satu minggu (41.2%); yang mungkin dipengaruhi oleh faktor2 bahan2 yang diperlukan dan kadar kesukaran yang dihadapi- yang mungkin mempengaruhi tempuh masa. Contoh: kepakaran tenunan kain dengan pembuat keris adalah dua kepakaran yang sangat jauh perbezaan di antara proses penyediaan dengan bahan2 mentah yang diperlukan. Kadar ketinggian kesukaran mendapatkan bahan2 mentah dan juga ketelitian serta reka corak juga akan mempengaruhi tempuh masa proses. Tempuh masa yang kedua paling cepat untuk disiapkan ialah diantara 1-2 bulan (29.4%) dan diikuti dengan 1 bulan (23.5%).

Kadar penilitian bergantung pada kadar kesukaran yang diperlukan serta kesulitan proses pembikinan. Proses yang diambil oleh pakar tenun dengan pembikinan keris adalah jauh berbeza, yang ditentukan oleh kelainan dari segi bahan2 yang diperlukan dalam proses termasuk kadar kesulitan yang mungkin digunakan untuk meningkatkan mutu atau nilai, akan mempengaruhi tempuh masa penyiapan.Tidak dinafikan dengan kelengkapan yang sedia ada oleh pakar2 krafttangan itu sendiri. Didapati tempuh masa 1bulan (29.4%) adalah tidak jauh perbezaan dengan tempuh masa 1-2 bulan (23.5%).

Faktor kreativiti membezakan kelainan satu konsep corak itu dengan yang lain. Ketinggian pengalaman, pendedahan, interaksi dan juga pendidikan sangat mempengaruhi hasil yang sudah siap satu2 produk itu.

Tetapi ini berlainan pula prosesnya apabila melibatkan reka corak yang sudah pernah dihasilkan. Urutan pengalaman sedia ada tidak mendatangkan kerumitan dari proses penyediaan hinggalah ke proses mengemaskan ‘detail2’ yang diperlukan. Apabila kita lihat perbandingan proses masa yang diperlukan olelh peringkat pembikinan satu kraft itu adalah bergantung pada jenis atau bentuk karya itu, sama ada baru atau yang biasa.

Dari kajian, didapati proses pembikinan tidak jauh perbezaan diantara yang baru (41.2%) dengan yang lama (52.9%)

Faktor2 yang mungkin timbuldi sini ialah produk dari hasil cipta yang terbaharu, masih melalui proses perubahan2 yang berterusan. Hasil cipta yang pertama kebiasaannya tidak mempunyai perubahan2 yang sudah dicipta atau direka. Produk2 yang ini sudah melalui proses pengubah suaian dan ini mengambil masa yang lama, di mana perubahan2 ini akan di aplikasikan pada reka corak produk asal.

D. CORAK-CORAK PILIHAN : Dalam penghasilan motif dan corak kraftangan Brunei, kita mendapati bahawa ia bersandarkan pada beberapa komponen yang terdiri dari (i) Islam (ii) Melayu (iii)Raja (iv) Kontemporari (v) Ethnik (vi) Tribal.

Komponen yang didapati menjadi sandaran utama ialah Melayu (70.6%), di ikuti oleh Melayu dan Islam, Raja (23.5%). Di antara sebab yang mungkin menunjukkan statistik seperti ini ialah responden2 itu sendiri orang2 Melayu dan beragama Islam.

E. HUBUNGAN KRAFTANGAN DAN CORAK ISLAM : Terdapat beberapa komponen2 yang dicadangkan dalam kertas soal-selidik yang terdiri dari (i) Arabes (ii) Kaligrafi (iii) Ayat Al Quran dan (iv) Miniature

Didapati komponen yang paling jelas menonjol ialah Ayat Al-Quran, di mana ianya terpendapat paling ramai responden (41.2%). Adalah penting dan sesuai untuk menunjukkan corak Islam. Ini diikuti pula dengan gabungan Ayat Al-Quran denganKaligrafi dan Arabes (17.6%). Yang menarik perhatian apabila terdapat komponen ‘miniature’ yang mewakili (11.8%)

Pemilihan ‘air mulih’ dalam kajian didapati menunjukkan komponen ‘favourite’ dari responden2 terbabit dalam kajian ini(35.3%), di ikuti dengan pemilihan2 pucok rebung dan air mulih (17.6%) dan segelintaran yang memilih bahan-bahan lebih dari dua (5.9%), contoh pucuk rebung, flora, fauna dan awan larat.

F. PEMILIHAN TAJUK DALAM KARYA: Di antara komponen2 yang dipilih dalam kajian ialah (i) portrait (ii) kerabat Diraja (iii) Alat Kebesaran (iv) Titah raja (v) kombinasi mana2 dua

Didapati pilihan yang menarik perhatian mejoriti pakar2 krafttangan ialah ALAT KEBESARAN DIRAJA, yang merupakan komponen yang terpenting dan yang tertinggi (52.9%). Ini diikuti oleh TITAH DIRAJA (17.6%).Komponen2 yang lain seperti (a) Potrait2 (b) Kerabat Diraja dan (c) Kombinasi pilihan adalah tidak membawa banyak perbezaan di antara satu sama lain. Komponen2 ini mengambil anggaran jumlah 17.7% dari keseluruhan pilihan. Alat Kebesaran Diraja begitu rapat dengan masyarakat Melayu Brunei.

G. PERSEPSI KONTEMPORARI: Satu pendekatan yang baru iaitu kontemporari ialah di antara yang terdapat dalam perkembangan seni visual pada erra ini.

Mengikut kajian ini, terdapat persaingan dan keseimbangan di antara unsur2 ‘realism’ (35.3%) dengan ‘abstrak’ (29.4%). Ini jelas di lihat dari hasil2 pakar krafttangan di Brunei seperti:________________________________________

Namun demikian, sebilangan besar golongan pakar2 ini sudah melaluiproses perkembangan (64.7%). Seni moden masih terdapat (23.5%) yang masih tidak peka akan keujudan perubahan2 kontemporari. Contoh2 hasil ‘realistik’ ialah:______________________________
Contoh2 hasil ‘abstrak’ ialah: _______________________________

H. KESAN RAGAM DAN PRODUK SENI : Gabungan dua komponen sangat penting, kerana tanpa mana2 satu dari komponen2 ini, mungkin boleh mencacatkan ‘keunikkan’; ‘keaslian’ dan kesegaran produk tersebut.

Di antara yang didapati dari hasil kajian ini ialah yang berbentuk ‘dekoratif’ (41.2%) dan di ikuti dengan benttuk ‘geometrik’ (25%). Komponen seperti ‘abstrak’ tidak begitu popular (7%) dan tidak ketinggalan dengan pilihan kombinasi dua faktor yang terdiri ‘dekoratif’ dan ‘geometrik’.

Proses membuat karya adalah satu pengalaman yang paling istemewa bagi sesaorang artis itu. Di antara proses2 yang terlibat dalam menyempurnakan satu produk itu adalah berbeza, di mana ianya boleh didapati dari peringkat yang paling mudah hingga ke peringkat sukar. Kajian ini menunjukkan bahawa peringkat awalan merupakan peringkat paling mudah (47.2%), tapi apabila sampai kepada peringkat ‘pertengahan’ dan ‘kekemasan /akhir) kelihatan berlainan tindak-tanduk responden. Begitu juga dengan pandangan antara ‘permulaan’ dan ‘kekemasan/akhir’.Contoh pertama ialah apabila gabungan komponen ‘pertengahan’ dan ‘kekemasan’ (23.6%) dan di ikuti dengan kombinasi peringkat ‘permulan’ dan ‘kekemasan’ (17.7%).

Fahaman ‘keindahan’ pada responden2 dalam kajian ini adalah begitu menarik perhatian apabila komponen ‘keindahan’ itu di kait rapat dengan ‘tersusun’.Faktor ‘tersusun’ ini boleh dibandingkan dengan sifat ‘disiplin’ dan ‘teratur’. Sinonim dengan sifat-sifat teratur, kemas dan disiplin (35%), berbanding dengan fahaman ‘kesyahduan’ (16.5%) dan ‘yang mententeramkan’ dan ‘menyenangkan’ (15%). Ini tidak termasuk dengan kaitan lebih dari komponen, contoh: keyakinan dengan menyenangkan atau kesyahduan dengan mententeramkan (33%).

I.FAKTOR PILIHAN KRAFTANGAN : Pakar2 kraftangan tidak memilih profesyen ini tanpa sebab yang begitu mendalam. Kajian ini jelas menunjukkan bahawa faktor gabungan ‘minat’ dan ‘bakat’ adalah perangsang bagi tarikan kerjaya ini (29%). Ini di ikuti dengan ‘minat’ yang begitu dalam (19.5%).

Begitu juga dengan gabungan faktor’kerja’ dengan ‘bakat’ (17.5%). Walaupun, tidak begitu ketara kesan ‘kerja’ pada faktor pilihan kerjaya, namun faktor ini tidak kurang kesannya pada seorang pakar kraftangan ini (12.5%).

J. PERANAN KRAFTANGAN : Negeri Brunei sungguh bertuah kerana mempunyai pakar2 krafttangan, yang bilangannya kecil. Namun semangat juang mereka sungguh dibanggakan. Diantara faktor yang kuat menyokong didri mereka, sehingga hari ini ialah kerana sumbangan mereka depada ekonomi Negara Brunei itu sendiri (59.5%). Dua komponen yang sama pengaruh pada mereka juga adalah dengan membantu peningkatan kualiti hidup rakyat Brunei (17.5%) serta juga sumbangan mereka untuk Negara dan pada masa yang sama meningkatkan kualiti hidup harian mereka (17.5%)
Faktor-faktor yang mungkin berpengaruh di sini adalah terdiri :-

(i) Pengalaman: Golongan dewasa yang teramai sekali menceburi bidang kraftangan, adalah mereka yang datang dari lingkungan pengalaman 20 tahun ke atas (64.7%) dan dedikasi oleh 10-15 tahun (23.5%)

No comments:

Post a Comment