Friday, 20 November 2009
Pameran Seni Lukis Di Brunei
Seni tampak atau seni visual berlaku sebagai pasangan kepada tammadun yang memerlukan jawapan terhadap alam semesta serta peningkatan nilai hidup manusia. Oleh itu kita dapati setiap kelumpok manusia menghasilakn seni bagi mengimbangkan kehadirian fenomena alam yang sentiasa berlaku disekeliling mereka. Kepentingan seni dilihat mempunyai kepentingan yang sama dengan kepercayaan sesaorang. Apabila manusia meningkat maju dan dikelilingi dengan ilmu modern seni masih berfungsi sebagai tunggak kepada tammadun manusia itu sendiri sebagai satu entity. . Maka kepenting seni sebagai perantara tetap unggul dalam budaya manusia sepanjang zaman. . Bukan sahaja seni lukis meningkatkan kefahaman diantara manusia bahkan menjadi perantara diantara negara negara dan kawasan. Oleh itu negara Brunei Darusallam sabuah negara dirantau ini walaupun muda usianya tapi telah melahirkan ramai seniman visual yang dianggap mantap. Kemantapan pelukis muda ini dilihat mengemblingkan umsur modernisasi yag begitu kukuh dari aspek tema, halbenda serta teknik. Oleh itu terdapat warga seni lukis muda yang sedang meningkat naik membawa aspek kemodernan dalam karya mereka. Kekuatan fahaman mordenisi itu berlaku berdasarkan pendedehan, pendidikan serta kesedaran semasa terutama sebaran melalui media massa serta media elektonik yang sangat kuat mengubah minda masyarakat seperti yang disarankan oleh Marshall Mc Luhan yang menyebut “Medium the massage”, media sebagai mengurut minda manusia. Pameran Seni Lukis Art Forum: Senilukis Negara Brunei Darussalam” membincangkan hal-hal 1) pengaruh mordenisasi dapat meningkatkan konsep serta idiom tempatan keperingkat sejagat. 2) Perbincangan ini menyelami akan rentetan sejarah senilukis Brunei sejak tahun 1950-an bermula dari gambaran pelukis Inggeris sehingga perkembangannya masa kini. 3) Persoalan persoalan berhubungan aspek tema yang menjurus kepada unsur mordenisasi dalam seni visual juga akan diselidiki terutama sekali yang berkaitan dengan persoalan imej, mesej serta teknik dan gaya dalam karya pelukis pelukis tertentu. .Akhir ini ternyata fungsi tersebut direalisasikan apabila sekumpulan pelukis dari Persatuan senilukis tempatan Brunei Art Forum yang diketuai oleh Dato Sofri Setiausaha Tetap Kementerian Luar Negara telah berjaya mengadakan pameran lukisan di Balai Senilukis Pulau Pinang, salah satu galeri seni yang terbesar di Malaysia. Seramai limabelas orang pelukis telah mengambil bahagian . Mereka terdiri dari berbagai golongan , dari pelukis muda hingga kepada yang professional.. Dewasa ini hampir satu ratus pelukis yang aktif berkarya di Negara Brunei Darussalam kebanyakannya mereka adalah dari kalangan pendidik,guru senilukis, pelukis reka bentuk di institusi kerajaan dan swasta juga seperti Dewan Bahasa dan Pustaka Negara Brunei, Jabatan Mezium Mezium Brunei, Radio Telivesyen Brunei dan juga institusi media eletronik swasta dinegara ini. Lukisan sebagai karya seni serta media komunikasi sangat diminati oleh masyarakat Brunei . Melalui media media eletronik senilukis menjadi bahan kommunikasi yang sangat berpengaruh dikalangan masyarakat pada hari ini .Bukti keprihatinan terhadan seni visual dinegara ini adalah dengan terdapat banyak karya seni berbentuk seni persendirian serta senitampak awam yang terdapat lokasi stategik di Bandar Seri Begawan dan juga Bandar Bandar yang lain. Karya seni tampak seperti mural terdapat di dinding Dewan Bahasa dan Pustaka , Laman Arca Asean yang tersergam indah ditepi sungai Bunut berdekatan Istana dan juga arca dinding di Bangunan Kerajaan di Bandar Seri Begawan sebagai menyebut beberapa contoh. Pendidikan seni lukis juga pada satu ketika dahulu diperkenalkan di maktab makatb perguruan dan seterusnya pendidikan seni membentuk kursus akademik di peringkat Institut Pengajian Tinggi misalnya di Institusi Pendidikan Sultan Hassanul Bolkias serta Institut Teknologi Brunei. Fakta fakta diatas mempamerkan kepada masyarakat akan kepentingan seni visual dikalangan masyarakat Negara Brunei Darussalam yang telah lama bertapak di peringkat pendidikan awam. . Walaupun hanya mempunyai penduduk sekitar tiga ratus ribu orang namun warga seni yang muncul dinegara ini sangat membanggakan. Ini kerana peranan yang dimainkan oleh pelukis tempatan diarena antara bangsa sudah lama bertapak. Melukis adalah satu kemahiran yang memerlukan bakat serta kematangan berkarya oleh itu pelukis di negara Brunei boleh dikatogerikan kepada tiga kumpulan. Kumpulan pertama adalah kumpulan yang terdidik sendiri atau self-taught artist. Pelukis kumpulan ini adalah terdiri dari kumpulan matang yang telah banyak menghasilkan karya berbentuk realisma seperti catan Inggeris yang banyak mengungkayakkan keindahan pemandangan semulajadi tempatan. Tokoh pelukis tersebut juga adalah yang sangat diminati oleh khalayak dan kebanyaka mereka mendapat sanjungan dari peminat lukisan tempatan. Tokoh tokoh realis ini adalah seperti Dato Paduka Asmalee, Dato Hj Jalil dan Haji Abdul Rahim . Mereka adalah boleh dianggap sebagai kumpulan peneroka membentuk kumpulan pelukis negara ini pada peringkat permulaannya. Mereka juga mewakili kumpulan guru guru seni lukis yang menjadi tenaga utama atau “prime mover” yang melahirkan ramai pelukis pelukis muda dari kalangan murid mereka yang kini mendukungi sektor senilukis dan rekabentuk di jabatan jabatan kerajaan seperti Hj Abdul Malik,Haji Fadzil, Awang Zainal Hj Daud.dan ramai lagi. Kumpulan ini juga dianggotai oleh pegawai kerajaan serta tokoh pentadbir kebanyakannya menghasilkan karya dari pengamatan terus ditempat sebenar keindahan naturalis disekeliling mereka. . Kumpulan ini juga menghasilkan karya melalui rakaman landskap yang dihayati mereka ketika mengadakan “Outing” atau kembara sambil berkarya dipersekitaran sebenar atau dipanggil melukis secara “Plein Air. Kaedah ini satu kebiasan yang dilakukan oleh pelukis aliran Impressionis di Eropah sekitar tahun 1890an . Kebanyakan karya pelukis kumpulan ini telah di jadikan koleksi oleh peminat senilukis tempatan dan kadang kala dibeli oleh pengumpul antarabangsa yang datang berniaga dinegara ini. Sokongan serta galakan berbentuk pembelian oleh syarikat antarabangsa ini telah menyemarakkan lagi pasaran seni sejak kebelakang ini. . Tokoh koperat serta pentadbir seperti Dato Sofry Hj Abdul Ghafor, Dato Asmalee, Dato Hj Jalil yang pernah bertugas diluar Negara mengumpulkan data imajan yang dikutip dari Negara luar lau di gambarkan dengan jayanya dalam karya mereka. Misalnya Dato Sofry Bin Hj Abdul Gafor bukan sahaja merakamkan pemandangan diluar Negara ketika menjalankan tugas disana malah beliau tidak lupa kepada keindahan tulin pemandangan dinegara sendiri. Sebanyak empat puloh buah lukisan telah di pamerakan dan diantaranya terdapat karya oleh tokoh vetren seperti Dato Sofry dengan karya Winter Morning, Mahattan Skyline serta Jalan Residensi karya tersebut adalah rakaman imajan beliau ketika bertugas diluar negara disamping itu beliau juga juga berupaya membentuk suasana serta mood yang berlainan setiap imajan yang dibentangkannya. Tokoh tokoh matang seperti Hj Dayang yang mempunyai kemahiran membentuk figura dengan baik ,tidak ketinggalan merealisasikan satu scenario tempatan yang seperti “Membuat Tudung Dulang “ Karya ini menggambarkan akan ketelitian beliau terhadap bentuk dan raut figura yang digambarkan melalui pengolahan anatomi mantap serta indah susun-aturnya menimbulkan kesan ruang yang begitu baik . Gambaran wanita membentuk kraftangan sudah tentu akan dihayati oleh peminat luar dengan penuh terbuka. Kumpulan kedua yang mengambil bahagian dalam pameran ini terdiri dari kumpulan yang mendapat pendidikan formal melalui kursus pendek didalam dan luar Negara disamping pengaruh dari media massa seperti media elektronik.. Pelukis dikalangan ini sangat bertenaga kerana suntikan yang didapati dari pelbagai aliran dan idiom luar . Ia wakili pelukis seperti Moshidi Omar dan Suhaili Omar yang menghasilkan karya yang bertenaga sahingga beliau berjaya meletakkan dirinya menjadi satu satunya pelukis professional di Negara Brunei. Beliau menterjemahkan imej imej tempatan yang biasa seperti hutan tropika, kehidupan Kampong Ayer serta portrait dengan coretan warna ,lakaran serta gubahan komposisi yang mempersonakan. Morsidi seorang sensitivf terhadap persekitarannya sahinggakan beliau mencuba denga jayanya mengolah setiap hasil ciptaannya. Anak kelahiran Kuala Balai ini sangat peka dengan setiap objek yang dirakamkannya kedalam karya beliau ini terjadi kerana kesungguhannya menghasilkan karya melalui kajian serta percubaan yang berulang ulang tanpa jemu. Jestru itu banyak karya beliau telah menjadi simpanan kolektor didalam dan diluar negara. . Pelukis lain yang menempa nama dalam kategori ini adalah seperti Pg.Timbang , Zakaria Omar , Pg. Kamarul bin Pg. Hj. Tajjudin dan Awang Sarikula. Kalau pelukis Morshidi Omar menghasilkan karyanya dalam gaya realisma tokoh tokoh kedua ini membawa karya berbentuk penerokaan dan ekstperimentasi .Pengaruh pasca moderisma seperti yang dicadangkan oleh Marcheal Duchamp dan Andy Warhol pada tahun 1970an telah berjaya memberikan satu nafas baru kepada pelukis muda ini mencipta karya mereka melalui penerokaan bahan , konsep serta halbenda. Berbagai kaedah dilakukan oleh pelukis pelukis ini misalnya meneroka bahan bahan asing seperti minyak tar, alimunium dan sebagainya keatas satah permukaan lukisan sahingga mencetuskan satu tindak balas visul yang mengetarkan. Ciptan seperti ini di pelopori oleh Zakaria Omar dan Pg Timbang. Tujuan serta matlamat pelukis tersebut adalah menghidangkan kepada khalayak tempatan akan satu ciptan yang segar yang universal. . Salah satu contoh karya yang disebutkan adalah siri “Fossil” dan siri “Imbalance”. Begitu juga penerokaan baru yang dibuat oleh pelukis Pg.Kamarul yang menyatukan bahan organik tempatan seperti buluh ,bemban dan rotan bagi menekankan pengaruh kraftangan tempatan. Hanya melalui menggarapkan bahan bahan tersebut diatas kanvas mereka pelukis pelapis ini merasakan mereka dapat memperkukuhkan idiom keBruneian melalui penggarapan teknik lukisan modern. Pelukis pelapis yang dicatitkan ini sebenarnya telah banyak mengharumkan nama Brunei di luar negara ,kebanyakan mereka rata telah memenangai anugerah dipameran pameran antarabangsa seperti Phillip Morris ,Fokuka Art Bennialle dan juga Yayasan Kesenian Jepun, dan Taiwan. Mereka juga telah dijemput beberapa kali menghadziri bengkel seni visual di Jepun, Korea, Malaysia ,Singapura dan United Kingdom. Melalui pendedahan serta interaksi dengan pengaruh pelukis terkenal luar negara maka kumpulan tersebut telah berjaya membawa arus pembaharuan dalam karya senilukis tempatan. Pada mulanya senilukis aliran naturalisma J.W.W.Turner dan Gainsborough diperkenalkan di negara ini oleh pegawai Inggerias pada tahun empatpulohan dan limapulohan ,maka kumpulan ini pula membawakan satu citarasa seni visual kontemporari yang beraliran Neo-Geo dan Pasca Kolonialisma. . Oleh itu karya yang dihidupkan melalui susunan bahan bahan asing atau kolaj sudah menjadi satu ikutan oleh bakal bakal pelukis muda serta peminat pelukis tempatan. Pameran “Spaces” yang diadakan julung julung kalinya di Galeri Senilukis Pulau Pinang ini adalah rangkaian karya seni lukis yang dianggotai oleh ketiga tiga kumpulan ini.Galeri Senilukis Pulau Pinang adalah juga sabuh institusi seni lukis yang kedua besarnya di Malaysia. Oleh itu pameran yang telah diadakan pada bulan Oktober 2008 itu menjadi satu mercutanda kepada kumpulan pelukis tempatan untuk mengembangkan sayap mereka dipersada antara bangsa. Kumpulan yang terakhir yang kini masih lagi menuntut di institusi pendidikan senilukis tempatan dan luar Negara berganding bahu mengambil bahagian oleh pihak penganjur “The Art Forum Brunei”.bagi memperkenalkan pelukis muda yang meningkat naik..,Tokoh muda yang terdiri dari guru senilukis yang mendapat pendidikan didalam dan luar negara adalah seperti Dg. Armanchester bt Hj Arshad, Pg. Hj Rosli, Pg. Junainah ,Mohd Alwi bin Salleh dan Ampuan Siti Ramlah adalah kumpulan muda yang kini diberikan tugas bagi melonjakkan karya baru anak tempatan dengan kesesuaian aliran arus perdana diperingkat antara bangsa. Jestru itu karya seperti Armanchester, Pg Junainah Pg Mansor dan Mohd Alwi menunjukkan satu kelainan jika dibandingkan dengan pelukis pelukis terdahulu dari mereka. Suntikan pembaharuan melalui pengaruh pendidikan akademik yang telah mereka lalui mencetuskan karya tulin yang menekankan kepada bentuk minimalisma seperti yang terhasil dari corak kain tenun seperti karya bertajuk “Chaotic”, “Therupathic” dan Sibai Setampik oleh Dyg. Armanchester. Konsep mencorak atau patternisme ini juga dapat dilihat dalam karya batik Pg. Junainah seperti Solace, Drama dan Colourful Brunei. Kedua dua pelukis wanita Negara ini semacam setuju bahawa sifat feminisme ini perlu ditonjolkan bagi mendapatkan perhatian masyarakat agar isu kuasa wanita memainkan peranan dalam menentukan kemajuan negara. Karya pelukis wanita dalam pameran banyak mengutarakan pengaruh flora dan fauna yang kaya dinegara ini. Millenium baru yang dialami oleh dunia moden memperlihatkan juga perkembangan sains dan teknologi mempengaruhi kehidupan masyarakat dunia. Negara Brunei Darussalam yang sedang membangun dirantau ini tidak ketinggalan dalam mengharung perkembangan sains dan teknologi. . Melalui siaran Astro yang ditonton oleh peminat muda maka terhasilah karya seni yang dipengaruh oleh rancangan MTV dan komik Manga. Jestru terdapat pelukis muda Brunei seperti Redzuan Rosli, Ampuan Siti Ramlah Ampuan Baba, Mohd Alwi,dan Mohd Faizal mencanaikan karya mereka berdasarkan kepada keporak perandaan dan ketidak tentuan kehidupan masyarakat dunia dengan peperangan, kehancuran ekosistem , kepincangan keprihatinan manusia terhadap sesama manusia serta perlombaan yang tidak sihat terhadap materialistik. Halbenda berkonsepkan “Angst”atau tidak ketahuan ini adalah digambarkan melalui tajuk seperti Anjing Gila, Si Manja serta Twin in Dream karya pelajar UBD ini menunjukkan satu ancaman luar yang mencetuskan ketakutan yang kabur tanpa ketahuan puncanya diperlihatkan melalui palitan serta sapuan akrilik yang dinamik lagi garang yang ditunjukkan dalam seekor anjing gila dengan mulunya mempamirkan taring yang tajam munkin mengandungi racun penyakit anjing gila. Pelukis . Mohd Alwi serta Mohd Faizal adalah dua pelukis muda yang membuat sindiran melalui karya mereka berdasarkan aliran surealisme dan graffiti yang mengolahkan karekter komik serta kartun yang beranika warna seperti skrin telephon mudah alih yang menyemarakkan kehindupan metropolis serta produk industri yang kaku dan mati seperti yang dicadangkan oleh pelukis Jepun Takahasi Murukami. Jelas sekali pameran ini mengutarakan konsep RUANG KEDAMAIAN atau Peace Space menunjukkan satu cadangan dari pelukis pelukis Negara Brunei kepada warga seni nusantara yang didukungi oleh tiga generasi pelukis dinegara ini. Dalam kepelbagaian teknik ,media dan halbenda menampakkan satu rentetan gaya dan idea yang selari dengan wasawan warga seniman sejagat. Ruang yang menekankan kepada batasan permukaan satah kanvas yang dicanaikan dengan media yang beranika warna dan bentuk ,warga senilukis Negara Brunei Darussalam mereka mencadangkan bahawa ketidak tentuan dan keporakperandaan yang berlaku dikalangan warga dunia boleh diubati melalui kekuatan jati diri yang berlandaskan kepada Melayu ,Islam dan Beraja seperti yang dibawakan oleh falsafah Negara Brunei Darussalam. Semoga usaha yang dipelopori oleh pelukis dibawah naungan Art Forum Brunei akan membuka banyak lagi pintu serta ruang kepada memperkasakan anak tempatan diperingkat antarabangsa.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment